Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Selamat datang ke blogshop kami. Kami menjual pelbagai jenis barangan termasuklah minyak wangi bertaraf antarabangsa Gred AAA dari Dubai serta pelbagai rangkaian produk kesihatan dan kecantikan. Kami menjual minyak wangi dari pelbagai saiz. (miniature, hingga ke 100 ml). Harga yg sangat berpatutan dan kami yakin anda akan berpuas hati dengan belian anda. Bayaran boleh di jelaskan dengan bank-in Maybank atau CIMB berserta dengan alamat anda (untuk penghantaran melalui pos, dikenakan caj sebanyak RM 6).Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya atau emelkan di aquelovelyshop@gmail.com. Selamat membeli belah...

Place Your Order Here!!!

Nama:
Alamat:
No. Telefon:
Item yg di beli:
cara penghantaran?: POST LAJU SEM. MALAYSIA
POST SABAH & SARAWAK
POST LUAR NEGARA
Cara pembayaran: MAYBANK
CIMB
BANK RAKYAT
Email:

Al-Quran dan Pen Digital beserta Terjemahan.

Wednesday, 6 June 2012



~ AL QURAN DGN PEN DIGITAL ~
Bacaan dan Hafazan Al-Quran dipermudahkan dengan Pen Digital untuk Bacaan Al-Quran dengan 8 terjemahan bahasa (Bahasa Melayu, Inggeris, Chinese, perancis, benggali, persian, urdu dan pashto) . Bacaan Al-Quran dibaca oleh 16 orang qari-qari terkenal dengan rakaman kualiti tinggi. Bacaan ayat al-Quran akan diperdengarkan apabila pen disentuh keatas ayat al-Quran. Boleh dibaca ‘word by word’, ayat demi ayat mahupun satu surah.

Mengapa Al-Quran Digital? 
1) Ia Sangat Mudah Digunakan!Jika anda risau memikirkan bagaimana untuk menggunakan Pen Al-Quran Digital ini kerana anda tiada pengalaman teknikal, anda tidak perlu merasa bimbang kerana pen ini sangat mudah digunakan.Anda hanya perlu meletakkan pen digital tersebut di mana-mana surah yang anda inginkan, dan pen ini akan membacanya untuk anda. 

Mudah bukan? Ya, ia lebih mudah jika dibandingkan ketika anda mula-mula belajar A-B-C :)

2) Dilengkapi 30 Juzuk Al Quran, Iqra' & Doa Harian!Al-Quran Digital ini lengkap bacaan Al Quran iaitu sebanyak 114 surah (30 juzuk) beserta bacaan untuk mempelajari Iqra' & doa-doa harian terpilih dalam Bahasa Arab.

3) Terjemahan 8 Bahasa!Di samping dapat mendengar bacaan Al-Quran, Pen Al-Quran Digital ini juga dilengkapi dengan fungsi terjemahan dalam 8 terjemahan bahasa (Bahasa Melayu, Inggeris, Chinese, perancis, benggali, persian, urdu dan pashto)

4) Bacaan daripada Imam besar Masjidil Haram & Qari Terpilih.Melalui Pen Al-Quran Digital ini, anda boleh mendengar, mempelajari & menghayati bacaan Al Quran daripada Imam Besar Masjidil Haram & Qari terpilih. Anda juga boleh merakam dan membandingkan bacaan anda dengan bacaan daripada Imam & Qari terpilih yang telah disediakan.

5) Bacaan Berdasarkan Pilihan & Sentuhan Pen Anda!Keistimewaan UTAMA Pen Al-Quran Digital ini ialah ia boleh membaca ayat per ayat dan surah per surah. Apa yang anda perlu lakukan ialah hanya dengan menyentuhkan sahaja mata pen ini pada mana-mana Ayat atau Surah, secara automatik ia akan mengeluarkan bacaan mengkut Qari mana yang kita pilih. Sungguh mudah!

6) Berfungsi Sebagai 'MP3 Player' . Pen Al-Quran Digital turut dilengkapi dengan USB Cable yang berfungsi sebagai 'MP3 Player' untuk memainkan lagu-lagu seperti nama-nama Allah, nasyid, Talbiah dan sebagainya yang boleh di download dari komputer ke dalam Pen Al Quran digital anda. 







USB Cable, Ear-phone, Charger

Pen pembaca

Muqaddam / Cara berdoa / Doa harian

Surah Index / Doa / Pen Manual

Apa yang disertakan sekali dalam kotak?

1. Al-Quran
2. Muqaddam / Cara berdoa / Doa harian
3. Surah Index / Doa / Pen Manual
4. USB Cable
5. Ear-phone
6. Pen pembaca
7. Charger pen




PRICE: RM 250 shja
+ postage RM10 


Tips2 pemakaian perfume

Monday, 4 June 2012


1) Menyembur dengan sedikit sahaja dibahagian nadi seperti pergelangan tangan dan leher juga dibahagian seperti belakang telinga dan belakang lutut  tetapi perlu ingat, jangan sesekali menggosok bahagian tersebut. menggosok tempat tersebut ianya akan mengubah molekul molekul perfume tersebut, seelok elok nya biarkan ianya kering secara semulajadi..

2) Ada di antara kita sebenarnya alah kepada semburan secara terus perfume kepada kulit dan menimbulkan alahan kepada kulit, sekiranya alah kepada perfume kita hanya perlu spray perfume tersebut di cotton ball (kapas) & biarkan ianya mengering sedikit dan kita baru calitkan kebahagian seperti diatas. Baunya pun akan menjadi lebih lembut

3) Selain kita spray di kulit, perfume juga boleh di spray ke bahagian rambut kita Tetapi pada jarak yang betul dan berhati2 jangan sampai masuk mata. Semburan ini memberi kesan yang sangat lembut kepada kita dan orang yang berada disekeliling kita. tetapi cuci lah rambut kita sebelum berbuat demikian, kalau tidak bau lain yang timbul pulak :D

4) Kita akan pening pada bau perfume yang kuat, dengan menyembur perfume di udara dan biarkan ianya jatuh perlahan2 keatas anda atau anda berjalan melaluinya. Ini adalah satu kaedah yang baik kerana baunya amat lembut, romantic. Selamat mencuba!